KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 6.5 peratus pada Minggu Epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2023) dari 5 hingga 11 Feb, berbanding minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 6/2023 berbanding ME 5/2023 bagi pesakit kategori satu dan dua tiada perubahan dengan kekal pada 0.4 peratus manakala kategori tiga hingga lima pula kekal pada 0.5 peratus.
"Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023 berbanding ME 5/2023 bagi katil bukan kritikal juga merekodkan tiada perubahan (kekal pada 8 peratus) manakala katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak dua peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes positif COVID-19 yang dipantau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara menunjukkan penurunan namun bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke hospital meningkat 130 peratus.
Selain itu, dari 25 Jan 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Feb 2023 (ME 6/2023), kumulatif kes baharu COVID-19 ialah 5,039,326 kes, kumulatif kes sembuh (4,993,160), purata kes aktif (9,490), kumulatif kes kematian (36,951) dan kumulatif kluster sebanyak 7,171 dengan lima kluster aktif.
Dr Noor Hisham memaklumkan bilangan kes baharu pada ME 6/2023 menurun 19.4 peratus (1,913 kes kepada 1,542 kes), bilangan kes sembuh meningkat 63.1 peratus (1,270 kes kepada 2,071 kes) manakala bilangan kes kematian juga meningkat 166.7 peratus (tiga kes kepada lapan kes).
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) pada ME 6/2023 ialah 0.94, katanya.
Dr Noor Hisham berkata hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara hingga ME 6/2023 mendapati sebanyak 22 sampel Penyakit Seperti Influenza (ILI) dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 2.8 peratus dan sebanyak 1.9 peratus Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dikesan positif COVID-19.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam dan luar negara melalui maklumat diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa negara-negara serantau selain memastikan agar langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes baharu pada ME 6/2023 menurun 19.4 peratus, bilangan kes sembuh meningkat 63.1 peratus manakala bilangan kes kematian juga meningkat 166.7 peratus. - Gambar fail
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".